Blogger Templates

Nov 2, 2010

Tiada yang kedua


Novel Tiada yang kedua jadi pilihan ak untuk mengisi masa yg teluang.. Novel ni pon ak dapat dr adk ak..(mekasih bg kak long pijam)hehehe.. Novel ni menceritakan kisah ketabahan seorang wanita menghadapi hidupnya yg lebih gemar menceriakan, mengembirakab serta menyenagkan orang2 yg dsekelilingnya.. Kisahnyaaa......

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan. Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki.

Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa..!! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Terbitan alaf 21

Haaa.... Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar serta memikirkan lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Hati Shira yang bertambah sedih dan pilu apabila mengetahui kehilangan kedua ibubapanya akibat kemalangan. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

p/s: semestinye alaf 21



♥..Terima Kasih Kepada Anda Semua..♥

No comments:

Post a Comment