Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya
berupa tiang-tiang emas dan perak.
berupa tiang-tiang emas dan perak.
:
Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:
Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak,
lalu berkata: Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.
Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:
Kerana inilah tanganku dipotong,
Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu,
tiada mereka mengambilnya sedikitpun. (Muslim)
Huraian:
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda.
Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia,
manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim.
Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa.
Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.
Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w
seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!'
Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:
(1) Apa yang dimakannya lalu habis.
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
(3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.
Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)
jagalah diri kita sebaik mungkin sementara masih bernafas didunia yang sementara. Dan beramallah untuk dibawa kealam yang kekal abadi kelak.
p/s: Marilah beringat hidup ni hanya sementara (info dr fb).














No comments:
Post a Comment