Blogger Templates

Jun 22, 2012

Sya'ban Kembali


Alhamdulillah.. 
Diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup didunia ni.
Rejab sudah berlalu. Kini Syaaban tiba..
Lambaian Ramadan tidak lama lagi. 
Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan 
keberkatan Syaaban.

Bulan Rejab --> memohon keampunan dari segala dosa
Bulan Syaaban --> memperbaiki hati dari segala cacat
Bulan Ramadhan -->  memberi penerangan hati
Malam Lailatul Qadar --> mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Dalam kitab An-Nasai dari Hadis Usamah ra, berkata:
"Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban." Baginda bersabda :
"Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."


Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, 
maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat
kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.



p/s: semoga ibadah kte dterima.

♥..Terima Kasih Kepada Anda Semua..♥

No comments:

Post a Comment