Blogger Templates

Jun 30, 2012

Salam Sayonara..



^_^


Detik bulan 6 yang terakhir ini, rakan sekerja/seperjuangan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua yang sama-sama bekerja. Hampir setahun bekerja ditempat sama, rehat sama-sama, ronggeng bersama-sama dan macam-macam lagi bersama walau seketika. Ini kerana, akak dapat tawaran kerja yang lebih baik di negeri asalnya.. Hidup mesti perlu pengorbanan, pengorbanan yang aku lihat sendiri dari akak memang pengorbanan diri, keluarga dan rumahtangga akak. Setiap hujung minggu hari jumaat petang akak balik kampung dan ahad kembali ke KL untuk bekerja hampir 2 tahun ulang alik. Dalam tempoh itu masih mencari peluang pekerjaan dinegeri sendiri. Akhirnya, Alhamdulillah.. Tahniah Kak.. Semoga ditempat baru nanti lebih baik.
Dalam kesayuan, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
27/6/2012 hari terakhir bersama. Dari menjadi rakan sekerja yang akrab berempat, tinggal bertiga dan kini berdua aje. 
Salam Perpisahan akak. Semoga hidup akak lebih ceria bersama keluarga tersayang.
Kami akan merindui akak



p/s: Moga jumpa lagi..


♥..Terima Kasih Kepada Anda Semua..♥

1 comment: